Monday, September 8, 2008

Kadar baru Zakat Fitrah

Salam guys,

FYI

Kadar baru Zakat Fitrah


Petikan artikel yang me amik dari utusan.com.my "Kesan naikkan Zakat Fitrah"

erk..panjang sket la..huhu....enjoy ur reading ;-)

Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz baru-baru ini, ekonomi serantau akan terus menghadapi tekanan inflasi berpunca daripada harga komoditi dan tenaga yang tinggi.

Bagaimanapun, dengan harga minyak dunia menunjukkan trend menurun, iaitu dari AS$148 setong pada awal Julai lalu kepada AS$115 setong pada pertengahan Ogos ini, ia memberi kesempatan kepada kerajaan untuk menyemak semula dan menurunkan harga bahan api di pasaran tempatan.Sesungguhnya langkah tersebut pasti dapat mengurangkan beban pengguna yang sedang berdepan dengan tekanan inflasi.

Kerajaan, bagaimanapun, akan sentiasa melakukan pembaikan terhadap kaedah penilaian IHP untuk memastikan gambaran inflasi sebenar. Sehubungan itu, petunjuk lain seperti bayaran zakat fitrah yang diumumkan oleh pihak berkuasa agama di peringkat negeri baru-baru ini boleh dijadikan sebagai kaedah penilaian untuk mencerminkan situasi inflasi sebenar dalam ekonomi tempatan.

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad yang bersamaan 2.70 kilogram (kg) beras atau senilai dengannya. Ini bererti zakat fitrah boleh dibayar dalam bentuk wang tunai berdasarkan harga semasa makanan ruji, seperti beras dalam konteks negara. Kutipan dan agihan zakat fitrah hanya dilakukan dalam bulan Ramadan.

PeningkatanSetakat ini pihak berkuasa agama di Sabah, Melaka, Pahang, Kedah dan Perlis telah mengumum dan menaikkan kadar zakat fitrah masing-masing. Kadar fitrah bagi negeri Sabah ditetapkan pada RM7.70, Pahang (RM7.30), Kedah (RM7.00), Melaka (RM6.30), dan Perlis (RM6.00 hingga RM7.00).

Kadar fitrah di Sabah mungkin yang tertinggi di negara ini selepas Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menetapkan kadar RM7.70 bagi setiap umat Islam di Sabah, peningkatan sebanyak RM2.50 berbanding RM5.20 yang ditetapkan tahun lalu. Dari segi peratusannya, kadar kenaikannya ialah hampir 50 peratus. Iaitu melebihi peratusan kenaikan harga petrol yang sebanyak 40 peratus. Kerajaan telah menaikkan harga petrol daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter pada 4 Jun lepas.

Kadar ini, menurut MUIS, adalah sesuai dengan keadaan semasa termasuk peningkatan harga minyak, barangan makanan termasuk beras serta kos pengangkutan. Kadar itu mengambil kira faktor inflasi. Dengan kadar fitrah baru, MUIS menyasarkan jumlah kutipan zakat fitrah pada tahun ini hampir RM8 juta berbanding RM5 tahun lalu.

Kenaikan kadar fitrah di Pahang, Kedah, Melaka, dan Perlis adalah juga mengambil kira faktor inflasi. Kadar baru yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama adalah mengikut harga pasaran beras semasa. Walaupun kadar zakat fitrah adalah tinggi di Sabah, kadar fitrah di Pahang mencatat kenaikan peratusan yang tertinggi iaitu 52 peratus, dari RM4.80 kepada RM7.30. Kedah pula adalah 40 peratus (dari RM5 ke RM7), Melaka 34 peratus (dari RM4.70 kepada RM6.30) dan Perlis antara 20 peratus hingga 40 peratus (dari RM5 kepada RM6 atau RM7).
Kadar baru itu menggambarkan inflasi sebenar dalam ekonomi tempatan.


Walaupun sasaran jumlah kutipannya meningkat, bagaimana pula dengan keupayaan membayar bagi golongan miskin dan miskin tegar? Mengikut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) yang terbaru, kadar kemiskinan keseluruhan di Sabah ialah 16 peratus pada 2007 dan kemiskinan tegarnya ialah hampir 3.7 peratus. Di Semenanjung pula, kadar kemiskinan keseluruhan adalah 2.3 peratus dan kemiskinan tegar adalah 0.3 peratus. Pendapatan garis kemiskinan purata bagi tahun 2007 ialah RM720 di Semenanjung, RM960 di Sabah dan RM 830 di Sarawak.

Inflasi memberi kesan negatif yang besar kepada golongan miskin dan miskin tegar menerusi penghakisan kuasa membeli mereka. Jumlah peruntukan perbelanjaan mereka ke atas makanan ruji beras pula adalah tinggi. Ini amat jelas dengan perubahan kadar fitrah, dulu dengan 2.70 kg beras, pengguna membayar RM5.20 dan kini dengan jumlah kuantiti yang sama ia membayar lebih iaitu RM7.70. Ini menggambarkan kesan inflasi yang sebenar yang telah menghakis nilai pendapatan isi rumah. Perbincangan yang sama juga boleh dipanjangkan kepada negeri-negeri di Semenanjung.

Tuntutan syariatZakat fitrah diwajibkan ke atas setiap Muslim lelaki dan perempuan tanpa mengira besar dan kecil dan tanpa mengira kaya atau miskin. Ini bererti, untuk memenuhi tuntutan syariat Ramadan, setiap Muslim walaupun dalam golongan miskin dan miskin tegar dan layak menerima zakat di bawah asnaf miskin hendaklah mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya seperti isteri, anak-anak dan ibu bapanya yang sudah tua.

Sekiranya ketua isi rumah miskin tegar mempunyai tanggungan yang ramai maka ini boleh menyusahkan keupayaannya untuk membayar fitrah. Ini kerana pendapatan per kapita semakin kecil bagi isi rumah tersebut. Pihak berkuasa agama perlu menyediakan mekanisme bantuan kewangan lain untuk membantu dan memudahkan ketua isi rumah miskin tegar untuk mengeluarkan zakat fitrahnya dan dalam pada itu menunaikan syariat Ramadan. Di samping isu keupayaan membayar, kadar fitrah menggambarkan inflasi sebenar dalam ekonomi tempatan.

No comments: