Friday, October 10, 2008

Al-Fatihah

Salam frenz..

Ari ni me dapat bad news..one of my cousin meninggal dunia...Innalillah..
Arwah anak bongsu..arwah bapa dia merupakan abg sulung mak me..terkejut me dengar..
pape pun...me doakan semoga roh arwah tergolong dalam golongan yang beriman.Aamin

ni me paste artikel dari metro online..

‘Dada arwah tertusuk serpihan besi’

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Dia yang berada di sisi saya menemui ajal kerana dadanya tertusuk serpihan besi,” kata Mohd Idris Ibrahim, 21, rakan sekerja seorang pelajar sebuah kolej swasta yang terbunuh akibat alat pemadam api meletup.

Dalam kejadian jam 5.45 petang kelmarin, mangsa yang hanya dikenali sebagai Miswan, 26, pelajar sebuah kolej swasta di Kemaman, Terengganu, sedang menjalani latihan amali di sebuah syarikat pembekal alat pemadam api di Kawasan Perindustrian Tampoi di sini.

Miswan, Mohd Idris dan seorang lagi pelatih dari Politeknik Merlimau, Melaka, Mohd Radhi, 23, serta seorang pekerja kilang itu, berada di tempat kejadian ketika alat pemadam api itu meletup.

Kejadian itu menyebabkan mangsa terbunuh, Mohd Radhi hancur tangan kanan manakala Mohd Idris dan seorang lagi rakan sekerja cedera terkena serpihan besi tong pemadam api itu.

Mohd Idris berkata, kejadian berlaku ketika mereka sedang mengisi semula serbuk kering ke dalam tong alat pemadam api itu.

Dia yang baru menjalani latihan amali kira-kira tiga bulan lalu di kilang itu, berkata letupan dipercayai berpunca daripada masalah mekanikal menyebabkan serpihan besi mencederakan leher dan perutnya.

“Selepas alat pemadam api itu meletup, saya berlari keluar, tapi rebah manakala baju berlumuran darah. Saya menerima 14 jahitan di leher selain cedera di perut.

“Saya bersyukur kerana masih hidup, tapi bersimpati dengan kematian Miswan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata ketika kejadian, empat pekerja terbabit, termasuk mangsa sedang mengisi semula serbuk kering bagi alat pemadam kebakaran untuk dibekalkan kepada kilang dan kapal.

Katanya, ketika mangsa sedang menampal pelekat pada alat pemadam api yang sudah diisi, tong yang sedang diisi Mohd Idris meletup menyebabkan serpihan besi mengenai semua mangsa.

“Akibat letupan itu, dada mangsa terkena serpihan besi tong alat pemadam kebakaran menyebabkan dia mati di tempat kejadian, manakala Mohd Radhi yang berada berhampiran hancur tangan kanan,” katanya, semalam.

Mohd Radhi dan Mohd Idris bersama seorang lagi pekerja kilang dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri untuk rawatan kecemasan manakala mayat Miswan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), untuk bedah siasat.

Difahamkan, pelajar terbabit menjalani latihan amali di kilang itu selama enam bulan bermula Julai, lalu.


Al-Fatihah buat arwah...

No comments: