Saturday, August 16, 2008

Tips untuk hidup tenang..


Salam guys..

Korang pernah rase stress??tense??kat bawah ni me nak share tips untuk hidup dengan tenang...terpulang pada penerimaan korang..kalu setuju...nak amalkan..silakan......

Tips Hidup dengan tenang:

-Bebaskan hati anda daripada perasaan negatif
-Bebaskan minda anda daripada sebarang kebimbangan
-Hidup dengan sederhana
-Banyakkan memberi
-Kurangkan meminta, harapkan rahmat dari Tuhan

Ni plak kata-kata madah pujangga..hehe..

TIADA SEORANG pun yang boleh berpatah balik ke masa lalu untuk mengubah perjalanan hidupnya. Apa yang dah lepas, maka lepaslah ia... SEMUA ORANG boleh memulakan hidup baru untuk mencipta kehidupan yang lebih baik dan bermakna. Maka hiduplah dengan ceria dan bahagia...

Tuhan tidak menjanjikan hidup tanpa kesukaran, ketawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hujan… Tetapi Tuhan menjanjikan kekuatan menghadapi cabaran, cahaya mengganti kegelapan dan hikmah disebalik musibah...

Kekecewaan adalah umpama bonggol jalan, ia memperlahankan perjalanan, tetapi ia hanya sementara. Selepas bonggol maka anda akan kembali menikmati jalan yang rata kemudiannya… Makanya usahlah anda tersekat dek bonggol,tekan pedal dan bergeraklah kehadapan...

Bila anda berasa sedih kerana tidak dapat apa yang anda hajati,usahlah dikenang fikir lagi,duduk dengan tenang dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Tuhan telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk anda...

Bilamana sesuatu terjadi kepada anda, samaada baik atau buruk,terimalah hakikat . Redha lah akan ketentuan Tuhan. Ketahuilah setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya...

Kesedihan dan Kegembiraan, Air mata dan gelak tawa. 2 perkara berbeza… namun kedua-duanya, adalah nikmat hidup sementara...

Anda tidak boleh paksa orang cintakan anda,tetapi anda bebas untuk sayang dan cinta kan sesiapa sahaja. Jika anda mahu dicintai, maka cintailah orang terlebih dahulu..

Kita suka mencari kesalahan dan kekurangan orang lain. Padahal kita tidak suka orang mencaci kelemahan dan keburukan kita. Mengapa tidak dicari dikagumi kehebatan orang lain? Bukankah kita juga suka dipuji dihormati?

Akhirnya…….
Senyum mententeramkan jiwa, menyejukkan pandangan mata. Senyum itu sedekah M
aka, SENYUMLAH…

Jiwang plak..layannnnnnnnn..hehehehe

No comments: